Sunday 4 March 2012

SEMBANG-SEMBANG KIRI...22 Mar 2012

DISKUSI KIRI – KHAMIS MINGGU KETIGA SETIAP BULAN


Adakah anda berminat untuk membincang secara progresif isu-isu semasa, ideologi dan masalah rakyat biasa? Pustaka Kiri beralamat di No 8, Tingkat 2, Jalan Balakong, Batu 11, Jalan Cheras, 43000 Kajang, Selangor mengadakan diskusi khas sebulan sekali pada minggu ke tiga hari Khamis. Topik perbincangan akan datang:


Tarikh:   22 March 2012
Masa:      8 mlm
Topik:    1 CARE: Adakah rakyat biasa akan manfaat @ derita?
Speaker: Dr. Kumar (PSM, MP Sg. Siput)

(Hubungi Letchimi 016-9268776, untuk maklumat lanjut)






(i) Diskusi kiri pertama di adakan pada 27 Jan 2011; topik perbincangan Kepentingan Teori dan Praktis. Rata-rata mengatakan teori dan praktis tidak boleh dipisahkan. Tanpa Teori, hala tuju menjadi kabur. Dengan Teori tetapi tak buat kerja macam cakap kosong sahaja. Dr. Nasir berkata it is not this or that , it is this and that - the dialetics and the unity of the opposites. 




(ii) Diskusi Kiri kedua pada 17 Feb 2011 'Rebuilding the Left' membincangkan kritikan tajam Martha Harnecker. Marta adalah seorang sociologist, political scientist, wartawan dan aktivis. Beliau mempunyai pengalaman luas kerana terlibat di Chile, Cuba dan Venezuela. Komrad Rani mengendalikan sesi kali ini dan antara kritikan Martha yang tajam terhadap kaum kiri hari ini adalah kegagalan  untuk menyatukan segala kuasa yang ada untuk menentang sistem kapitalis.




(iii) Diskusi Kiri ke-3, 17 Mar 2011 mengenai Teori Revolusi.  Permulaan tahun 2011, memperlihatkan revolusi atau kebangkitan rakyat meletup di Africa Utara dan Dunia Arab. Dr. Jeyakumar - Ahli JK Pusat dan Ahli Parlimen PSM Sungai Siput membincangkan persoalan ini. Beliau mengimbas Revolusi dari zaman Marx à Paris Commune, Lenin (Bolshevik), Mao, Fidel & Che sehingga ke Chavez. Banyak persoalan diungkitkan samaada Revolusi boleh berlaku di negara berbilang kaum macam Malaysia, apakah peranan kita dan bagaimana memastikan parti yang menang revolusi tidak menjadi korup..


 


(iv) Diskusi Kiri ke 4, 21 April 2011 - Nu  clear: Mengapa Bantah? Tetamu khas kita ialah Sdra Shao Loong, seorang aktivis alam sekitar. Projek Lynas di Kelatan juga dibincang. Hasil diskusi:
  • PEMBINAAN REAKTOR NUKLEAR DI MALAYSIA harus dihentikan kerana risau tentang keselamatan dan belum ada teknologi untuk mengendali sisa nuklear. Lagipun ia terlalu mahal dan ada alternatif yang lebih baik untuk mendapatkan sumber tenaga. Daripada membuang berjuta-juta ringgit dalam teknologi kuasa nuklear, pembinaan empangan-empangan besar dan perlombongan bahan fosil yang memudaratkan bumi, salurkan duit itu kepada teknologi kuasa angin, solar dan geothermal.
  • HENTIKAN PROJEK PEMPROSESAN NADIR BUMI (RARE EARTH) DAN KUATKUASA UNDANG-UNDANG PEMELIHARAN ALAM SEKITAR, kerana toksik-toksik dan bahan radioaktif yang dihasilkan oleh industri-industri akan menjejaskan rantai makanan dan kesihatan rakyat.
(v) Diskusi Kiri ke 5, 22 Sept 2011 - Malaya tak pernah di jajah? Bukit Kepong dan sama ada PKM ada peranan dalam Kemerdekaan Malaya. 





(vi) Diskusi Kiri ke 6, 24 Nov 2011 - Isu Seksualiti: Hak Asasi atau Keruntuhan Moral.  
Diskusi ini timbul kerana polis tiba-tiba mengharamkan Seksualiti Merdeka kerana ia menjadi ancaman negara. Sejauh manakah kita faham tentang isu ini dan adakah adil masyarakat ini disingkirkan kerana ‘sexual orientation’ mereka. Sdra Pang Khee Teik, seorang aktivis hak seksualiti, photographer, penulis dan performer telah memberi satu penjelasan yang cukup bagus. 

(vii) 26 Jan 2012 - Diskusi Kiri membincangkan PSM dan Program Mempolitikkan Pekerja. Idea-idea untuk memperkasakan kerja-kerja mobilisasi kumpulan pekerja telah dibangkitkan dari online (facebook, blog, twitter) ke tindakan jalanraya.....






(viii) 23 Feb 2012 - Satu sesi berkongsi maklumat 'bagaimana mengendali kes-kes kebajikan'. Wakil DAP Balakong adalah tetamu khas kita yang telah menjelaskan beberapa program khas Kerajaan Pakatan Selangor untuk masyarakat miskin.



No comments:

Post a Comment